Masa kita muda muda dahulu, memang pelik juga bila nampak kucing ada yang makan rumput, sedangkan kita pun tahu yang kucing ni suka makan ikan sahaja.
Dan bila kucing tu makan juga rumput, pemikiran kita straightaway akan cakap, mesti rumput tu bertindak sebagai ubat. Cuma tak tahu pula yang antara tujuan utamanya adalah untuk membuang bulu bulu yang kucing jilat sekali semasa menggaru badan mereka atau membersihkan bulu.
Kucing ni, memang jenis gigit dan telan semua benda.
Mana yang jenis makan tikus(kalaulah masih ada kucing yang makan tikus zaman sekarang ni), dah pasti sekali bulu tikus pun kucing akan makan sekali. Serupa juga bila dia garu garu badan dia dengan cara menjilat tu. Dengan lidahnya yang kasar memang bulu pun sekali masuk dalam mulut dan telan.
Lagi masalah bila bulu kucing anda gugur, memang lagi terseksa perut dia.
So itu sebab kucing makan rumput, supaya dia dapat memuntahkan benda asing yang tak boleh dicerna oleh perut. Pandai pula dia mencari rumput ya. Sebenarnya anjing pun sama.
Selain daripada faktor pencernaan, rumput yang kucing makan itu juga disebabkan daun rumput tu sendiri yang ada kandungan folic acid. Suatu jenis vitamin yang membantu juga dalam pencernaan, cell growth dan membantu dalam menghasilkan sel darah merah, atau haemoglobin.
Apa pula itu haemoglobin – sejenis protein yang ada dalam sel darah merah yang dalamnya ada oxygen dari jantung ke organ organ kecil yang lain.
Oh ya, fair enough, folic acid yang kita sembang panjang lebar tadi sebenarnya ada dalam susu ibu kucing juga.
Rumput Kucing Review
Walaupun selalunya selamat bagi kucing untuk memakan rumput di luar rumah sendiri, adalah penting untuk memastikan bahawa rumput yang mereka makan bebas dari racun, bahan kimia, atau tumbuhan yang beracun.
Itu sebab, adalah lebih baik jika anda bekalkan rumput ini sendiri, supaya kita tahu rumput yang kucing kita makan memang bersih dari kotoran dan bakteria.
Untuk rumput kucing yang anda boleh beli di shopee ni, banyak sangat pilihannya. Harga pun adalah tersangat berpatutan, ada yang jenis kita beli benih ataupun, kalau nak terus boleh ready untuk dimakan oleh kucing kita pun ada.
Anda boleh pilih sendiri, tapi kami ada kongsikan 3 jenis biji benih rumput kucing yang berasaskan organic.
Atau kalau anda lebih memilih untuk yang sudah siap dewasa tumbuh, boleh dapatkan daripada dealer yang dibawah ini pula
https://shopee.com.my/READY-TO-EAT-%F0%9F%90%B1-Premium-Grade-Organic-Grown-Wheatgrass-Rumput-Kucing-Siap-Tumbuh-Cat-Snack-Makanan-Kucing-(Cat-Grass)-i.30265877.10376247328?sp_atk=48f343a6-5c1b-431c-bf4a-f60e8d2f137f&xptdk=48f343a6-5c1b-431c-bf4a-f60e8d2f137f
https://shopee.com.my/Ready-to-eat-100-natural-Cat-Grass-Rumput-Kucing-Siap-Tumbuh-Wheatgrass-Cat-Food-Makanan-Kucing-%E7%8E%B0%E8%B4%A7%E4%BA%A7%E5%93%81%E7%8C%AB%E8%8D%89-i.339737990.11799670554?sp_atk=e3b4eb6f-45f9-4fd8-851b-3f7d801d17d4&xptdk=e3b4eb6f-45f9-4fd8-851b-3f7d801d17d4
Setiap benih rumput yang anda kena tanam, ada juga yang disediakan sekali bekas yang sesuai untuk anda terus gunakan. So dah tak perlu susah susah dah nak cari bekas yang lain kalau memang tak pernah guna lagi.
Dan mana rumput yang ready to eat pula ada disediakan bekas yang comel untuk anda boleh letak terus dalam sangkar kucing anda.