Masalah Kucing Muntah Makanan

Masalah kucing muntah makanan ni bukanlah satu masalah yang rare sangat. Sebab memang ia biasa berlaku. Dan seperti manusia juga, bila muntah muntah berlaku, dah pasti disebbakan apa yang kita makan dan bagaimana pula badan kita meresponse dari makanan yang tidak sihat, atau bukan pada pengambilan kuantiti atau kekerapan yang betul.

Berikut adalah antara punca kenapa ia boleh berlaku:

Masalah makan terlalu cepat!

Kucing yang makan terlalu cepat boleh menyebabkan muntah makanan. Ini kerana makanan tidak dicerna dengan baik dalam perut sebelum kucing muntah.

Cara Mengatasinya?

Kurangkan kuantiti atau portion memang sangat membantu, cuma ia lebih mudah kalau kita ada cat feeder. siap dengan sukatan kuantiti tertentu. Kiranya kucing nanti tidaklah makan terlalu banyak atau terlalu cepat pada masa yang singkat.

Tempat makan kucing juga lebih baik kalau kedudukan atau levelnya lebih tinggi sedikit supaya mudah untuk kucing makan, berbanding dengan sama paras level dengan kaki depan dia. Seperti kita juga, apa rasanya makan di lantai, berbanding dengan di atas meja.

Intoleransi Makanan atau allergy

Seperti manusia, kucing juga boleh mempunyai intoleransi makanan atau alergi terhadap bahan tertentu dalam diet mereka. Makanan yang mengandungi bahan yang tidak sesuai dengan sistem pencernaan kucing boleh menyebabkan reaksi alergi yang termasuk muntah.

Cara mengatasinya!

Langkah awal adalah dengan mengetahui bahan apa dalam diet kucing anda yang menyebabkan tindak balas alergi. Doktor haiwan anda mungkin mencadangkan diet penyingkiran di mana anda memberi makan kucing anda sumber protein dan karbohidrat baru yang belum pernah mereka terdedah sebelum ini, seperti itik dan kacang pea atau rusa dan ubi keledek.

Ini membantu mengenal pasti mana-mana bahan yang mungkin menyebabkan reaksi alergi pada kucing anda.

Perubahan diet atau polar makanan

Perubahan mendadak dalam diet kucing, seperti menukar jenis makanan boleh menyebabkan gangguan pencernaan dan muntah makanan.

Cara mengatasinya

Perkenalkan makanan baru kepada kucing anda secara perlahan-lahan. Campur sedikit makanan baru dengan makanan lama untuk beberapa hari, kemudian tingkatkan jumlah makanan baru dan kurangkan jumlah makanan lama secara beransur-ansur.

Jika kucing anda mengalami muntah makanan secara berterusan, tambah pula dengan dengan gejala lain seperti nampak lemah, berat badan pun turun mendadak, atau keadaan kesihatan yang buruk, adalah lebih baik untuk bawa kucing kepada doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan yang sesuai.