Banyak juga jenis pasir kucing ni sebenarnya. Kalau nak dikira, boleh sampai 10 juga jenis pasir kucing yang ada, yang berbeza mengikut bahan buatannya.
Tapi yang kami nak kongsikan ni hanya empat sahaja. Sebab kita pun tak bercadang nak rekomen semua jenis pasir kucing, malahan daripada 4 ini sahaja, kami nak rekemen yang 1 jenis sahaja. Dan jenis pasir kucing itu ialah:
- jenis pallet
- Crystal
- non clumping
- clumping
Pallet paper litter
Jenis pallet ni adalah yang pendapat saya kucing tak selesa sangat nak membuang. Mungkin sebab texturenya yang besar besar dan tak rasa macam pasir untuk dia, buatkan dia tak tahu pun tempat ni untuk berak.
Jenis ini juga, lebih kepada sekadar nak tambahkan point saya dalam artikel ini sahaja supaya nampak banyak sikit, tapi mungkin ada diluar sana yang lebih berminat jenis ini. Tapi untuk saya sendiri, saya tak suka jenis yang pallet ni.
Kebanyakan jenis pallet ini juga tak mudahkan kita untuk keluarkan pallet yang kena najis tu, bermaksud anda kena tukar semua yang ada dalam bekas. Najis kucing juga akan melekat pada kaki dia kalau terkena sebab jenis pallet ni dia tak absorb dengan baik.
Crystal
kalau jenis yang ini dia berdebu kuat juga, asalnya keputihan, nanti bila dah guna ia akan bertukar menjadi kekuningan.
Jenis crystal ni pula boleh digunakan semula, sebab ia recycle. Tapi siapa yang rajin duk basuh benda ni. Buang je lah ye dak. Pasir kucing ni pun sebenarnya bukanlah semahal makanan.
Non clumping
Jenis ini adalah yang paling kuat serap najis/kebasahan banding dengan jenis yang paper dan crystal tadi. Jenis Non Clumping ini juga lebih baik mengurangkan bau najis.
Cuma ia tak clump sahaja, atau maksudnya tak bekukan, atau tak ketulkan najis atau liquid yang diterkena. Tapi memang agak murah juga kalau jenis yang non clumping ini.
Clumping
Ok, ini adalah jenis pasir kucing yang kami rekemen guna. Tapi sebenarnya, ada sahaja yang lebih prefer guna sekali daripada clumping pun. Cuma, biarlah. Anggap sahaja mereka tersilap beli.
Untuk yang clumping kenapa ia terbaik sebab ia ada bahan tambahan namanya bentonite.
Bentonite ini yang akan melekatkan liquid/najis semasa ia dikenakan. Itu sebab ia dipanggil clumping.
Jenis pasir kucing macam ni memang akan mudahkan kita untuk buang najis dan pasir bahagian itu sahaja, so tak perlu buang semua pasir yang ada dalam bekas najis kucing tu.
Hanya scoop mana yang berkenaan sahaja.
So lama la sikit kita boleh guna pasir kucing ni nanti.
Mana Satu Nak Pilih Ni?
Dah jelas lagi bersuluh, dah pasti yang jenis clumpingdah macam clear sangat jenis clumping ni lebih baik kan?
Sebab, antara yang banyak banyak ni, clumping litter ni
- lebih baik keserapannya
- bau pun akan hilang
- mudah nak dicuci
- Dan sebabkan ada jenis brand yang serap atau clump najis tu dengan cepat, buatkan najis tu takdelah melekat pada kaki kucing kita.